Sunday, June 7, 2009

KENDURI PENAUNG R4 MERIAH

PUTRAJAYA,6 JUN-Majlis kenduri kawin anak sulung penaung R4 Youth Club, En.Mod Nazri berlangsung dengan gilang-gemilang. Tema majlis iaitu merah putih menyerlahkan lagi keserian para tetamu majlis dan ahli Tertinggi R4 seperti Iz, Amin, Joe, Tana, Aiman dan Wani bertindak sebagai pembantu sepanjang majlis berlangsung. Majlis rasmi bermula pada jam 2.30 ptg apabila pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang di sertai dengan persembahan silat oleh persatuan silat abjad. kemudian majlis di teruskan dengan ucapan pengantin lelaki kepada ayahanda dan bonda tercinta dengan penuh emosi. Perasaan gembira bercampur sedih kerana anak sulung sudah mendirikan rumahtangga. Lagu You raise me up' ditujukan kepada ayahanda beliau. majlis diteruskan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Halim Yazid. Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. Para tetamu yang tidak putus-putus datang untuk meraikan raja sehari. Kami di R4 Youth Club ingin mengucapkan tahniah kepada En. Mod/Pn. Norita sekeluarga kerana menerima kehadiran menantu yg baru. Semoga tuhan memberi rahmat dan kebahagiaan terhadap kehidupan En. Mod sekeluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!

p/s:anak En. Mod yg bongsu bila lagi??

No comments:

Post a Comment