Monday, June 8, 2009

A TRIP TO SINGAPORE

Seramai 15orang ahli R4 Youth Club akan pergi ke Spore dari 13-21hb Jun sempena Malaysia-Singapore Exchange Programme.Kesemua high council terlibat dan kami berharap ahli-ahli R4 yg lain akan mendoakan kesejahteraan kami di sana dan i.allah kami akan pulang dgn ole-ole jika ada duit lebih.

Sunday, June 7, 2009

KENDURI PENAUNG R4 MERIAH

PUTRAJAYA,6 JUN-Majlis kenduri kawin anak sulung penaung R4 Youth Club, En.Mod Nazri berlangsung dengan gilang-gemilang. Tema majlis iaitu merah putih menyerlahkan lagi keserian para tetamu majlis dan ahli Tertinggi R4 seperti Iz, Amin, Joe, Tana, Aiman dan Wani bertindak sebagai pembantu sepanjang majlis berlangsung. Majlis rasmi bermula pada jam 2.30 ptg apabila pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang di sertai dengan persembahan silat oleh persatuan silat abjad. kemudian majlis di teruskan dengan ucapan pengantin lelaki kepada ayahanda dan bonda tercinta dengan penuh emosi. Perasaan gembira bercampur sedih kerana anak sulung sudah mendirikan rumahtangga. Lagu You raise me up' ditujukan kepada ayahanda beliau. majlis diteruskan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Halim Yazid. Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. Para tetamu yang tidak putus-putus datang untuk meraikan raja sehari. Kami di R4 Youth Club ingin mengucapkan tahniah kepada En. Mod/Pn. Norita sekeluarga kerana menerima kehadiran menantu yg baru. Semoga tuhan memberi rahmat dan kebahagiaan terhadap kehidupan En. Mod sekeluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!

p/s:anak En. Mod yg bongsu bila lagi??

STUDENT LIFE...a very short journey...

Ramai di kalangan kita adalah student tidak kiralah uia,uitm,klmu, dan di tempat-tempat lain. Pada isu kali ini mari kita garap isu berkenaan dengan apakah tugas-tugas student yang sebenar-benarnya? Saya yakin ramai yang akan mengatakan tugas kita adalah belajar bersungguh-sungguh. Kerana apa? Ibu dan ayah kita akan berbangga dan gembira kerna setiap parents ingin melihat anaknya cemerlang. Kita lihat pula skop atau definisi cemerlang. Cemerlang boleh dipecahkan kepada banyak aspek iaitu dari segi pelajaran, ekonomi, tahap pemikiran, sahsiah, dan fizikal. Kebanyakkan student mensasarkan kejayaan dari segi pelajaran sahaja kerana jikalau kita ingin cemerlang dari segenap aspek kita perlu melalui pelbagai cabaran dan ujian kerana tiada kejayaan yg datang bergolek.
Ramai yang cemerlang dari segi akademik tetapi itu hanyalah jaminan sementara kerna sudah semestinya kecemerlangan dlm akademik akan membolehkan seseorg mendapat kerja yang bagus tetapi apakah kualiti dalam diri kita yang membezakan kita dengan orang-orang yg lain? Sesungguhnya pembinaan KENDIRI sangat penting apatah lagi ketika zaman belia kita. Pada waktu inilah kita mesti berani mencuba pelbagai perkara yg mencabar untuk membina kualiti diri.
Antara kekangan-kekangan yg membuat kita untuk cemerlang atau menjadi mansia yg luar biasa adalah diri sendiri. Kita tidak berani untuk merubah diri kita dan takut untuk menghadapi ujian atau takut di sisih oleh rakan2. Adakah rakan2 seperti ini yg kita mahukan? Atau adakah rakan2 kita yg akan merubah hidup kita tika dewasa kelak? Oleh itu carilah rakan-rakan yang se’paradigma’ dengan kita kerna dialah yg boleh membantu kita untuk cemerlang. Di samping itu, pengaruh ibu bapa juga memainkan peranan kerana mungkin ibu bapa mempunyai ‘pelan’ untuk anak mereka. Tetapi ingatlah setelah kita dewasa ibu bapa hanyalah memberikan panduan untuk kita dan kitalah yg membuat keputusan yg terbaik untuk hidup kita tetapi jgn sesekali melawan mereka kerna mereka tetap individu yg paling berjasa pada kita.
Walauapapun yg berlaku kita adalah individu yang mencorakkan warna hidup kita sendiri. Jangan gentar kepada ujian dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Cubalah berkorban untuk kesenangan dan kebahagiaan hari esok.


“manusia berupaya untuk terbang mengapa mereka memilih untuk berjalan”

KAKAK PRESIDEN R4 MENINGGAL DUNIA

KERAMAT-Keluarga En. Sahak menerima ujian apabila anak perempuannya kembali ke rahmatullah pada jam 1.05 pagi kerana komplikasi jantung. Allahyarhamah nursyida berumur 31 tahun dan telah dimasukkan ke wad jantung HUKM sebelum di benarkan balik. Amin menceritakan saat-saat nafas terakhir kakaknya dengan penuh kepiluan. Ahli-ahli R4 datang untuk memberi semangat kepada keluarga arwah kerana kebanyakkan ahli R4 rapat dengan ahli keluarga arwah. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan orang-orang soleh.

AL-FATIHAH

Thursday, June 4, 2009

OFFICIAL LOGO FOR R4 YOUTH CLUB

THE OWNERJOE
(R4REBELLION_03)
MITSUBISHI LANCER 2.0

R4 YOUTH CLUB 1ST MEETING
AT PUTRAJAYA
YOUTH SUCCESS DEVELOPMENT PROGRAMME
PROGRAM R4 YOUTH CLUB DI MOUNT KIARA