Saturday, September 12, 2009

MENCARI LAILATUL QADAR

“SESUNGGUHNYA Kami menurunkannya (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadr:1-5)

Lailatul Qadar itu ialah satu malam pada Ramadan yang penuh berkat, iaitu malam yang mengandungi banyak kebaikan, kerana pada malam itu malaikat turun membawa rahmat dan kesejahteraan seperti diterangkan dalam al-Quran.

Agung dan mulianya Lailatul Qadar sehingga Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya melakukan persediaan menyambut dan menghayati malam yang berkat itu. Persediaan yang dimaksudkan itu bukan dengan pesta yang tidak ketentuan, tetapi dengan amal ibadat yang membawa rahmat.

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabdanya, bermaksud:

“…sesiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat (dan pelbagai ibadat lain), sedang dia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya dia diampunkan dosanya yang lalu.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Ibadat yang dimaksudkan termasuk membaca al-Quran, berzikir, beristighfar, bertaubat dan berdoa pada malam yang berkat itu manakala beriman disebut dalam hadis berkenaan merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan benarnya keistimewaan Lailatul Qadar yang mulia itu.

Sebenarnya Ramadan, al-Quran dan malam Lailatul Qadar adalah gandingan yang mempunyai hubungan sangat rapat. Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, pada Ramadan.

Walaupun Lailatul Qadar mempunyai keberkatan dan kebaikan berlimpah ruah, sehingga dikatakan tiada tandingan berbanding malam lain, ia tidak dinyatakan dengan jelas pada hari tertentu.

Tetapi Rasulullah s.a.w ada membayangkan malam berkenaan, malah menasihati supaya melakukan persediaan untuk menghadapinya, seperti dinyatakan dalam hadis bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 malam akhir Ramadan.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Malam yang ganjil sudah pasti malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan. Ada hadis yang menyatakan Lailatul Qadar pernah ditemui pada zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadan dan malam 23 Ramadan.

Baginda juga pernah meminta seorang sahabat yang bertanya mengenai Lailatul Qadar supaya dia bersedia menghayatinya pada malam 27 Ramadan.

Keterangan di atas menunjukkan Lailatul Qadar tidak tetap, sebaliknya boleh bertukar dalam 10 malam terakhir Ramadan pada setiap tahun.

Hikmah malam penuh berkat itu dirahsiakan supaya setiap orang Islam bersungguh-sungguh menghayati 10 malam terakhir Ramadan dengan amal ibadat dan memberi pengharapan yang tinggi kepada Ilahi supaya dapat bertemu malam berkenaan.

Imam Nawawi, berkata: “Lailatul Qadar dapat disaksikan orang yang dikehendaki Allah pada tiap-tiap tahun ketika Ramadan, sebagaimana yang diterangkan dengan jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w dan diberitakan juga oleh orang yang soleh…”

Kemudian beliau menyebutkan penjelasan Imam Al-Mawardi, dalam kitabnya, Al-Hawi: Bahawa orang yang dapat menyaksikan Lailatul Qadar, elok dia menyembunyikan perkara yang disaksikan (supaya dia terselamat daripada perasaannya) dan hendaklah dia berdoa (pada saat yang berkat itu) dengan ikhlas serta sepenuh-penuhnya yakin dengan permohonan yang disukainya mengenainya agama dan dunianya, biarlah kebanyakan doanya itu untuk (kebaikan dan keselamatan) agama serta hari akhirat.”

Ada orang berkata, mereka yang menemui Lailatul Qadar akan melihat cahaya terang di segenap tempat manakala sesetengah pihak mendakwa mendengar ucapan salam dan kata-kata lain daripada malaikat, melihat semua benda termasuk pokok rebah (sujud) dan doanya makbul.

Bagaimanapun, Imam at-Tabari memilih pendapat yang menegaskan, semuanya itu tidak lazim (tidak semestinya dia dapat melihatnya), kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui Lailatulqadar.

Cuma yang penting ialah taat beribadat kerana Allah semata-mata dan ganjaran orang beribadat adalah terjamin, sama ada dapat dirasai di dunia atau di akhirat. Justeru, umat Islam digesa rajin beribadat pada Ramadan, lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir Ramadan.

Rasulullah s.a.w contoh terbaik menghayati Ramadan, terutama 10 malam yang akhir dengan beriktikaf di masjid dan melakukan amal ibadat sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan Lailatul Qadar.

Daripada Aisyah r.a katanya:

“Rasulullah s.a.w memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang ke-10 terakhir Ramadan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya). Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut ulama, Lailatul Qadar kemuncak Ramadan kerana kemuliaannya yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, malah malam berkenaan dirakamkan khusus dalam satu surah di dalam al-Quran, menunjukkan keistimewaannya.

Orang yang tekun beribadat pada 10 malam yang berkenaan akan mendapat rahmat yang dijanjikan kerana sudah sabit dalam hadis yang sahih Lailatul Qadar wujud pada satu daripada 10 malam itu.

Justeru, orang yang tekun beribadat pada 10 malam terbabit akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu, sama ada dia menemuinya atau tidak dan tidak melihat apa-apa. Cuma yang dapat menemuinya dianjurkan berdoa kebaikan, kesejahteraan dan keampunan.

Nabi s.a.w ada mengajar berdoa seperti berikut:

“Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Yang penting ialah menghayati malam terbabit dengan amal ibadat, beriman dengan yakin Lailatul Qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadat semata-mata ikhlas dengan mengharapkan rahmat dan reda-Nya.

Wednesday, September 9, 2009

PETUA BERJAYA YG LUAR BIASA

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.Mamalia ada, reptilia ada, berdarah panas menggelegak pun banyak, berdarah sejuk yang kuat rajuk pun melata. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan. Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat. Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut. Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat. Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.PENGAJARANJika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.
“Jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan menjadi rosak, apabila kamu berbelah bagi” [Abu Tayyib al-Mutanabbi]

KENANGAN INDAH DI GENTING

Tepat jam 715 pagi kami bergerak ramai2 ke stesen ktm nilai,antara yg pegi ade jugak yg bukan dari warga r4,ktm tersangatlah lambat dan menyebabkan kami tiba lewat di kl sentral,and kami sepatutnya boarding dalam bas kul 9 pagi tapi disebabkan keterlewatan kami,kami terpaksa naik bas kul 12.30pm,kesian giler kami dahla amik bas kat pasar rakyat,tapi alhamdulillha dapat jgk pegi genting walau pun lambat sikit,sampai sane kitorang jalan ramai2,best sgt sbb tempat tu teramatlah chantek,sejuk2 jugak la,tapi x menggigil pon,first game yg kitorang try ialah pirate ship,takut giler la! Huhu,izaan jerit kuat giler,pastu kitorang try byk lagi games yg ade kat situ,hampir semua jugak la kitorang try and main puas2.best sangat2..antara yg terbest ialah roller coaster,solero shot,spinning and banyak lagilah! Semua best and seronok..lepas dah main puas2,kitorang naik plak bot dkt dinosaur park,sangat best sbb ade mini movie kat dalam gua kecil and menceritakan ttg sejarah dinosaur..dapatlah sikit ilmu..huhuhu,and lepas penat jalan2 and bergambar kat setiap sudut yg ade kat theme park tu,tibalah mase kami untuk meninggalkan tanah tinggi genting,sbb waktu pun mencemburui kami,pengalaman sgt manis,sewaktu terpandang genting dari jarak jauh,rase happy sbb kami dah pun cipta kenangan manis antara kami semua kat situ..sepanjang hari kami bersama,bergelak ketawa,bergambar kenangan dan macam2 lagi..tepat jam 11 malam kami sampai kat kl sentral,and dari situ kami amik train seremban and balik ke nilai semula,dan selepas itu bermula lah cuti pertengahan semester.Kenangan di genting tidak dapat kitorang lupakan..i.allah ada masa kami akn pegi ke sana lagi!!!

Saturday, July 11, 2009

Wednesday, July 1, 2009

UNIQUELY SINGAPORE

13-21 JUNE 2009-seramai 14 ahli R4 Youth Club menyertai trip ke Singapore secara PERCUMA dan berjaya mendatangkan impak kepada program anjuran bersama National Youth Council(spore) dan KBS kerana komitmen yg di berikan sepanjang program berlangsung.Banyak ilmu dan kemahiran yg diperoleh sepanjang berada di sana dan i.allah akan di kongsi dengan ahli-ahli kelab yang lain. Moga-moga ahli R4 pada tahun depan akan meneruskan kegemilangan kami pada trip yg akan datang...nikmatilah gamba-gamba yg berjaya di rakam..
jangan jeles peluang anda akan dtg jua!!!!

Monday, June 8, 2009

A TRIP TO SINGAPORE

Seramai 15orang ahli R4 Youth Club akan pergi ke Spore dari 13-21hb Jun sempena Malaysia-Singapore Exchange Programme.Kesemua high council terlibat dan kami berharap ahli-ahli R4 yg lain akan mendoakan kesejahteraan kami di sana dan i.allah kami akan pulang dgn ole-ole jika ada duit lebih.

Sunday, June 7, 2009

KENDURI PENAUNG R4 MERIAH

PUTRAJAYA,6 JUN-Majlis kenduri kawin anak sulung penaung R4 Youth Club, En.Mod Nazri berlangsung dengan gilang-gemilang. Tema majlis iaitu merah putih menyerlahkan lagi keserian para tetamu majlis dan ahli Tertinggi R4 seperti Iz, Amin, Joe, Tana, Aiman dan Wani bertindak sebagai pembantu sepanjang majlis berlangsung. Majlis rasmi bermula pada jam 2.30 ptg apabila pasangan pengantin disambut dengan paluan kompang di sertai dengan persembahan silat oleh persatuan silat abjad. kemudian majlis di teruskan dengan ucapan pengantin lelaki kepada ayahanda dan bonda tercinta dengan penuh emosi. Perasaan gembira bercampur sedih kerana anak sulung sudah mendirikan rumahtangga. Lagu You raise me up' ditujukan kepada ayahanda beliau. majlis diteruskan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Halim Yazid. Secara keseluruhannya majlis berjalan dengan lancar dan tersusun. Para tetamu yang tidak putus-putus datang untuk meraikan raja sehari. Kami di R4 Youth Club ingin mengucapkan tahniah kepada En. Mod/Pn. Norita sekeluarga kerana menerima kehadiran menantu yg baru. Semoga tuhan memberi rahmat dan kebahagiaan terhadap kehidupan En. Mod sekeluarga.

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!

p/s:anak En. Mod yg bongsu bila lagi??

STUDENT LIFE...a very short journey...

Ramai di kalangan kita adalah student tidak kiralah uia,uitm,klmu, dan di tempat-tempat lain. Pada isu kali ini mari kita garap isu berkenaan dengan apakah tugas-tugas student yang sebenar-benarnya? Saya yakin ramai yang akan mengatakan tugas kita adalah belajar bersungguh-sungguh. Kerana apa? Ibu dan ayah kita akan berbangga dan gembira kerna setiap parents ingin melihat anaknya cemerlang. Kita lihat pula skop atau definisi cemerlang. Cemerlang boleh dipecahkan kepada banyak aspek iaitu dari segi pelajaran, ekonomi, tahap pemikiran, sahsiah, dan fizikal. Kebanyakkan student mensasarkan kejayaan dari segi pelajaran sahaja kerana jikalau kita ingin cemerlang dari segenap aspek kita perlu melalui pelbagai cabaran dan ujian kerana tiada kejayaan yg datang bergolek.
Ramai yang cemerlang dari segi akademik tetapi itu hanyalah jaminan sementara kerna sudah semestinya kecemerlangan dlm akademik akan membolehkan seseorg mendapat kerja yang bagus tetapi apakah kualiti dalam diri kita yang membezakan kita dengan orang-orang yg lain? Sesungguhnya pembinaan KENDIRI sangat penting apatah lagi ketika zaman belia kita. Pada waktu inilah kita mesti berani mencuba pelbagai perkara yg mencabar untuk membina kualiti diri.
Antara kekangan-kekangan yg membuat kita untuk cemerlang atau menjadi mansia yg luar biasa adalah diri sendiri. Kita tidak berani untuk merubah diri kita dan takut untuk menghadapi ujian atau takut di sisih oleh rakan2. Adakah rakan2 seperti ini yg kita mahukan? Atau adakah rakan2 kita yg akan merubah hidup kita tika dewasa kelak? Oleh itu carilah rakan-rakan yang se’paradigma’ dengan kita kerna dialah yg boleh membantu kita untuk cemerlang. Di samping itu, pengaruh ibu bapa juga memainkan peranan kerana mungkin ibu bapa mempunyai ‘pelan’ untuk anak mereka. Tetapi ingatlah setelah kita dewasa ibu bapa hanyalah memberikan panduan untuk kita dan kitalah yg membuat keputusan yg terbaik untuk hidup kita tetapi jgn sesekali melawan mereka kerna mereka tetap individu yg paling berjasa pada kita.
Walauapapun yg berlaku kita adalah individu yang mencorakkan warna hidup kita sendiri. Jangan gentar kepada ujian dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Cubalah berkorban untuk kesenangan dan kebahagiaan hari esok.


“manusia berupaya untuk terbang mengapa mereka memilih untuk berjalan”

KAKAK PRESIDEN R4 MENINGGAL DUNIA

KERAMAT-Keluarga En. Sahak menerima ujian apabila anak perempuannya kembali ke rahmatullah pada jam 1.05 pagi kerana komplikasi jantung. Allahyarhamah nursyida berumur 31 tahun dan telah dimasukkan ke wad jantung HUKM sebelum di benarkan balik. Amin menceritakan saat-saat nafas terakhir kakaknya dengan penuh kepiluan. Ahli-ahli R4 datang untuk memberi semangat kepada keluarga arwah kerana kebanyakkan ahli R4 rapat dengan ahli keluarga arwah. Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah di kalangan orang-orang soleh.

AL-FATIHAH

Thursday, June 4, 2009

OFFICIAL LOGO FOR R4 YOUTH CLUB

THE OWNERJOE
(R4REBELLION_03)
MITSUBISHI LANCER 2.0

R4 YOUTH CLUB 1ST MEETING
AT PUTRAJAYA
YOUTH SUCCESS DEVELOPMENT PROGRAMME
PROGRAM R4 YOUTH CLUB DI MOUNT KIARA